Bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan

Bantuan kemanusiaan

Bantuan kemanusiaan ialah bantuan keperluan dan barangan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Ia kebiasaannya merupakan bantuan jangka pendek sehingga digantikan dengan bantuan jangka panjang oleh pihak kerajaan dan institusi lain. Di antara orang yang memerlukan bantuan ialah golongan tunawisma, pelarian dan mangsa bencana alam, peperangan dan kebuluran Usaha-Usaha-usaha bantuan kemanusiaan disediakan untuk tujuan kemanusiaan dan merangkumi bantuan terhadap bencana alam dan bencana buatan manusia. Tujuan utama bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan, dan mengekalkan harga diri kemanusiaan. Ia mungkin lebih mendapat tempat berbanding bantuan pembangunan yang memerlukan kepada mengenal pasti faktor sosioekonomi secara lebih mendalam yang mana telah membawa kepada sebuah krisis dan darurat.[1]Bantuan kemanusiaan dilihar sebagai "sebuah penzahiran asas terhadap nilai kebersamaan sejagat antara manusia dan sebuah kemestian moral".[2] Bantuan kenusiaan boleh datang dari komuniti tempatan dan antarabangsa. Dalam menghulurkan bantuan kepada komuniti antarabangsa, Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA)[3] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab untuk sebarang penyelarasan terhadap sesuatu kecemasan. Ia menggunakan anggota Jawatankuasa Tetap Antara Agensi, yang mana anggota-anggotanya bertanggungjawab menyediakan bantuan kecemasan. Empat entiti PBB yang mempunyai peranan utama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ialah Program Pembangunan PBB (UNDP), Suruhuanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP).[4]